A) Detail Scan.
- Detail scan selalu dilakukan kepada kandungan yang berisiko tinggi seperti ibu yang mengandung pada usia 35 tahun ke atas, ibu mempunyai penyakit seperti kencing manis dan lain-lain serta mempunyai sejarah keluarga yg mengalami syndrome dan sebagainya.
-Pada masa kini, walaupun tidak berisiko tinggi ibu-ibu yang mengandung lebih bijak memilih untuk melakukan detail scan kerana dapat mengesan keabnormalan bayi yang mereka kandungkan.
-Dalam detail scan semua aspek dilihat dari segi fizikal bermula dengan bahagian kepala bayi, semua bahagian otak, bahagian muka, bahagian abdomen dan semua organ perlu dilihat dengan jelas, semua anggota iaitu kaki dan tangan yang lengkap serta yang paling dinanti adalah jantina bayi mereka.
-Gambar-gambar dibawah menunjukkan keabnormalan pada bayi dalam kandungan yang dapat dilihat melalui ujian ultrasound.
B) 5d4d3d scan
-5d4d/3d scan bukan sahaja untuk melihat muka bayi dalam kandungan dengan lebih jelas tetapi apa yg lebih penting adalah dapat mengenalpasti sebarang keabnormalan yg terjadi pada bahagian muka bayi.
-Gambar-gambar dibawah menunjukkan muka bayi dalam kandungan yang normal dan tidak normal melalui ujian 4d3d scan.